![]() |
Sejarah penubuhan Kolej Profesional MARA bermula dengan penubuhan Institut Perdagangan MARA (IPM) Melaka bertempat di bangunan MARA (lama), Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 16 Julai 1993. IPM Melaka dipindahkan ke lokasi di Jalan Hang Tuah, Melaka (sekarang KPM Bandar Melaka) pada bulan Jun tahun berikutnya. |
Pada 1 Jun 2009 Kolej Profesional MARA Melaka telah dipecahkan kepada dua iaitu KPM Bandar Melaka dan KPM Ayer Molek. KPM Ayer Molek pada tarikh tersebut telah memulakan operasi di tempat baru iaitu di KM 16, Jalan Tiang Dua, 75460 Ayer Molek, Melaka. Pelajar-pelajar bagi kursus Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Pengurusan Perniagaan (DBS) KPM Melaka telah dipindahkan ke KPM Ayer Molek bermula 9 Julai 2009. Sementara pelajar baru yang ditawarkan ke KPM Ayer Molek mula melapor diri pada 7 Julai 2009. Pada hari ini pengurusan KPM Ayer Molek diketuai oleh Pengarah dan dibantu oleh Timbalan Pengarah HEA, Timbalan Pengarah HEP dan Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dengan sokongan ahli-ahli pengurusan kolej. Bilangan kakitangan pentadbiran kolej sehingga kini ialah 33 orang dan kakitangan akademik 36 orang. Sementara bilangan pelajar pula 467 orang. |
|

Projek pembangunan KPMAM ini dibangunkan di atas tanah berkeluasan 22 hektar. Terbahagi kepada 2 fasa. Fasa 1 telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Dewan Serbaguna/Besar, Pusat Pelajar, Astaka, Asrama Tambahan, Kediaman Timbalan Pengarah, Kediaman Pensyarah, Kediaman Kelas G, Garaj Bas, Wakaf, Gelanggang Tenis, Gelanggang Bola Tampar dan Trek Joging akan dilaksanakan dalam projek Fasa 2.
________________________________________________________________________![]()
![]()